Angkatan Peluru Berpandu Strategik
Angkatan Peluru Berpandu Strategik

Angkatan Peluru Berpandu Strategik

Angkatan Peluru Berpandu Strategik atau Angkatan Roket Strategik Persekutuan Rusia atau RVSN RF[3] adalah cabang tentera dalam Angkatan Tentera Rusia yang mengendali tapak pelancar peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Rusia. RVSN mula-mula dibentuk dalam Angkatan Tentera Soviet, dan apabila KRSS runtuh pada Disember 1991, ia secara efektif mengubah namanya dari Soviet ke Angkatan Roket Strategik Rusia atau Pasukan Peluru Berpandu Strategik.Angkatan Peluru Berpandu Strategik telah ditubuhkan pada 17 Disember 1959 sebagai pasukan utama yang digunakan untuk menyerang senjata nuklear ofensif musuh, kemudahan tentera, dan infrastruktur industri.[4] Mereka mengendalikan kesemua tapak pelancar nuklear peluru berpandu balistik antara benua, peluru berpandu balistik jarak pertengahan, dan peluru berpandu balistik jarak sederhana Soviet dengan jarak lebih 1,000 kilometer. Angkatan strategik Rusia ini saling melengkapi antara Penerbangan Jarak Jauh dan kapal selam peluru berpandu balistik Tentera Laut Rusia.

Angkatan Peluru Berpandu Strategik

Penaung Saint Barbara the Great Martyr [2]
Aktif 17 Disember 1959 – kini
Insignia
Cawangan Angkatan Tentera Rusia
Lambang Medium
Bendera
Kelengkapan Peluru berpandu balistik, peluru berpandu krus
Markas Vlasikha, 2.5 km barat laut Odintsovo, Wilayah Moscow
Peringatan 17 Disember
Pertempuran Krisis Peluru Berpandu Cuba
Komanderterkini Kolonel Jeneral Sergei Karakayev
Lencana bahu
Peranan Pencegahan Peluru Berpandu Strategik
Saiz ~60,000 anggota (2017)[1]
Moto "После нас - тишина"("After us - silence")
Kawat Marsh artilleristov (Марш артиллеристов)
Jenis Pasukan peluru berpandu strategik

Rujukan

WikiPedia: Angkatan Peluru Berpandu Strategik http://www.gwu.edu/~nsarchiv//nukevault/ebb285/ http://missilethreat.csis.org/russia/ http://eng.mil.ru/en/structure/forces/strategic_ro... http://www.mil.ru/848/1045/1275/11905/index.shtml http://ukrainian.su/en/photogallery/category/82 http://rvsn.com.ua/en/ https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1080/00963... https://info.publicintelligence.net/DIA-RussiaMili... https://web.archive.org/web/20100227052835/http://... https://web.archive.org/web/20110825102659/http://...